fbpx
Bina rumah pokok sebab nak lari dari virus corona

India Today hari ini memberitahu Mukul Tyagi telah membina rumah di pokok itu dengan menggunakan kayu lama dan kering yang dicantumkan menjadi tapak.

Tyagi yang berasal dan menetap di Kampung Asodha percaya dengan cara itu beliau dapat melakukan penjarakan sosial dan menghindarkan diri daripada terkena jangkitan virus corona.

“Disebabkan saranan oleh kerajaan tentang penjarakan sosial, saya buat keputusan tinggal seorang diri.

“Dengan bantuan anak lelaki saya, kami memotong pokok dan cantumkan dengan papan,” ujarnya.

Dalam pada itu, anak lelakinya memberitahu agensi berita ANI, idea untuk membina rumah pokok itu datang daripada bapanya sendiri.

“Kita orang guna kayu kering yang dipotong dan dijadikan sebagai papan.

“Kami mengikat papan itu untuk mencantumkannya dan ia pengalaman yang sangat menyeronokkan.

“Malah,kami merasakan kami sangat rapat dengan alam semulajadi serta persekitaran di sekeliling kami juga bersih,” Ujarnya yang mengambil sumber makanan dari rumah.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga mengesahkan lebih 400 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Uttar Pradesh.

sumber dari https://www.hmetro.com.my/global/2020/04/565429/bina-rumah-pokok-lari-daripada-virus

Share me

About Author

blog author

En Saidi

Hai, saya en Saidi. Hubungi saya sekiranya anda memerlukan khidmat kami sebagai contractor rumah idaman anda di no 011-10045647. Wasap saya sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *