fbpx

Simen ialah bahan bakar dari campuran batu kapur dan tanah liat. Disebabkan simen bersifat lekitan (cohesive) dan lekatan (adhesive), pasir dan batu baur dibancuh bersama bagi mengikat komponen dan mengukuhkan kebolehkerjaan konkrit.

Simen Portland Biasa (OPC)

  • Batu kapu (kalsium karbonat) dan tanah liat (silica, alluminum dan besi oksida).
  • Kadar pengerasan adalah sederhana, dalam tempoh 14 hari.

Simen Portland Mengeras Cepat (RHPC)

  • Simen ini sama seperti simen biasa tetapi lebih halus.
  • Tempoh pengerasan juga lebih kurang dan keuatan simen ini boleh sama kekuatan dengan simen biasa dalam masa 4 hari.
  • Ia susuai dengan cuaca yang sejuk.

Simen Portland Putih

  • Campuran bahan dari tanah liat cina dan kapur gred tinggi.
  • Kegunaan untuk kerja kemasan, seperti;

Terazzo

Melepa

Simen Berwarna

  • Simen Portland Biasa atau simen putih (mengikut keperluan), dicampur dengan 5% – 10% bahan pewarna.
  • Kegunaan simen ini untuk kerja kemasan dan mengikut keperluan warna tertentu.

Simen Lebih Alumina

  • Sifat dan komposisi simen ini berbeza daripada Simen Portland Biasa.
  • Kandungan alumina adalah >30%
  • Ia akan membeku 2 jam selepas dibancuh, dan 2 jam kemudiannya pula mengeras.
  • Kelebihan;
  • Tahan panas
  • Tahan garam magnesium dan sulfat.
  • Sesuai untuk perumahan berdekatan air alut masin.
  • Kekurangan;
  • Tidak sesuai untuk pembinaan rumah skala besar
  • Harga 2-3 kali lebih mahal.

Share me

About Author

blog author

En Saidi

Hai, saya en Saidi. Hubungi saya sekiranya anda memerlukan khidmat kami sebagai contractor rumah idaman anda di no 011-10045647. Wasap saya sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *