1. ATAP GAJAH
Atap ini ternyata lebih kuat, tahan lama dan jangka hayat boleh mencecah lebih 38 tahun. Selain itu, ianya juga tidak mudah pecah dan 5x lebih sejuk dan senyap ketika hujan berbanding dengan atap yang lain. Atap ini juga mempunyai lapisan top coat dual layer anti fungus dan colour protection (SCG Teknologi). Apabila mengalami angin kencang, atap ini tidak akan mudah beralih dan juga tidak akan terbang kerana atap ini dipasang screw dan pemasangannya yang lebih kuat.