Tibalah masanya untuk anda mencari kontraktor yang berlesen. Pastikan kontraktor yang bakal dilantik berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SSM. Tunjukkan pelan kedudukan yang anda telah tetapkan. Jika mempunyai ukuran itu lebih baik, jika tidak, pelukis pelan akan memberi cadangan ukuran yang sesuai untuk setiap bilik di rumah anda. Bagitahu kontraktor material yang anda hendak gunakan dan bertanya juga kepada mereka material apa yang recommended?
Setelah selesai berjumpa dengan kontraktor dan anda bersetuju untuk melantik syarikat kontraktor tersebut, pastikan anda jelas dengan segala pakej yang ditawarkan, cara bayaran serta bahan binaan yang digunakan. Perlu adanya agreement di antara syarikat kontraktor tersebut dengan anda. Jika berlaku perkara yang tidak diingini kelak, anda mempunyai perjanjian yang nyata dan boleh dijadikan bukti.
Itu sahaja langkah-langkah yang penting yang perlu anda ketahui untuk membina rumah idaman anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri.
Selamat maju jaya dan selamat membina rumah sendiri 