fbpx
TIPS PEMILIHAN KONTRAKTOR BINA RUMAH

TIPS PEMILIHAN KONTRAKTOR BINA RUMAH

Kontraktor adalah orang yang diberi mandat untuk menjalankan sesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client.

Pemilihan kontraktor adalah sangat sangat penting kerana anda akan melabur duit yang banyak dan memerlukan kualiti yang terbaik untuk rumah idamanmu. Jika tersalah pilih boleh mengakibatkan rumah terbengkalai dan duit yang dilaburkan lesap begitu sahaja. 

Berikut adalah tips penting yang perlu anda ketahui sebelum memilih kontraktor untuk membina rumah idaman anda. 

1. BERDAFTAR DENGAN SSM & CIDB

Apa itu SSM? SSM ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Setiap mereka yang berniaga perlu mendaftar dengan SSM untuk mendapatkan lesen perniagaan yang sah. 

 

Apa itu CIDB? CIDB adalah singkatan nama untuk Construction Industry Development Board atau bahasa melayunya ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. CIDB ni bahasa mudahnya adalah lesen kontraktor yang berbentuk seperti slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. 

SSM dan CIDB ini adalah sangat penting sebelum anda berurusan dengan lebih lanjut. Pastikan kontraktor yang anda pilih adalah dikalangan yang berdaftar dan lesennya masih aktif. Jika anda melantik kontraktor yang tidak berdaftar, risikonya sangat tinggi untuk rumah anda terbengkalai kerana kontraktor tersebut boleh menghilangkan diri bila bila masa sahaja kerana tidak ada lesen yang sah. 

2. ALAMAT DAN URUSNIAGA YANG JELAS

Kontraktor yang dipercayai pasti mempunyai pejabat dan urusniaga yang jelas dan nyata. Pastikan anda membuat sedikit kajian mengenai kontraktor pilihan anda. Minta kontraktor tersebut alamat pejabat untuk berurusan secara bersemuka. Apabila sudah bersemuka, jangan lupa untuk minta business card, dan juga sosial media kontraktor tersebut seperti website, facebook dan instagram untuk melihat butiran kerja mereka. 

3. SENARAI PROJEK DAN TESTIMONI

Kontraktor yang berpengalaman dan stabil pasti mempunyai senarai projek yang telah mereka selesaikan. Minta senarai projek yang telah siap daripada kontraktor dan buatlah sedikit kajian dengan melawat tapak projek yang telah siap dibina. Kaji juga serba sedikit mengenai kontraktor yang bakal anda lantik adakah mereka mempunyai rekod rumah terbengkalai atau tidak. Dapatkan juga testimoni daripada pengguna dari segi cara berurusan, cara menyelesaikan masalah, tempoh masa pembinaan siap dan hasil pembinaan yang diterima memuaskan atau tidak. 

4. KONTRAK HITAM PUTIH DAN SEBUTHARGA TERPERINCI

Kontrak adalah perkara yang paling penting jika anda bersetuju untuk melantik kontraktor tersebut. Pastikan kontrak hitam putih dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Pastikan kandungan dalam kontrak mengandungi nama pihak yang terlibat, waranti, sebutharga yang terperinci, jangkamasa pembinaan akan siap, bahan binaan yang digunakan berserta harga, serta pelan rumah yang dipersetujui. Anda juga perlu ambil maklum mengenai cara pembayaran sama ada bayar secara penuh atau berperingkat. Kontraktor bina rumah selalunya akan mengambil pembayaran mengikut progress kerja yang dibuat. 

 

Kesimpulannya, lakukanlah serba sedikit kajian mengenai kontraktor yang bakal anda pilih. Pilihla kontraktor yang anda memang yakin untuk membina rumah idaman anda. Pastikan anda tidak memilih kontraktor renovation,  kerana tak semua kontraktor renovation tahu membina rumah. 

Semoga dengan tips-tips yang dikongsikan, dapat memberi sedikit sebanyak input kepada anda yang ingin membina rumah idaman sendiri. Selamat maju jaya! 

Share me

About Author

blog author

En Saidi

Hai, saya en Saidi. Hubungi saya sekiranya anda memerlukan khidmat kami sebagai contractor rumah idaman anda di no 011-10045647. Wasap saya sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *